Sabtu, 19 Januari 2013

peAce of hEArT

Di dunia ada pelbagai ujian....mengikut peringkat umur kita.....yang kecil ada ujian ye...yang dewasa pon lagilah ada ujian....masing-masing ada masalah sendiri.....tetapi semuanye terserah pada kita sendiri macam mana nak cari jalan penyelesaian.....



Yang paling penting sebenarnya ialah doa....kita mengadu pada Allah sekiranya kita ditimpa kesulitan.....tetapi janganlah kita turut lupa untuk berkongsi kegembiraan kita kepada Allah S.W.T.
Janganlah kalau ade masalah jer nak mengamuk,nak baran.....adoyai....susah kita kalau orang pun nak bengang dengan sikap kita....ok so....kita chill je...orang sekarang nie suka yang jenis relax, sempoi....hah baru best hidup nie......

JoM CuBa RELax kan MINdA KiTA...



1) Dirikan solat dan banyakkan berdo'a - Ini
adalah salah satu
kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo'a turut
katakan "Ya,Allah
jadikan hatiku bersih"

2) Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling
minima 100 X
sebelum tidur, Ini merupakan satu pelaburan yang
mudah dan murah. Disamping
dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki,
orang sayangkan kita dan
mencetuskan semua perkara kebaikan.

3) Solat taubat - Selain daripada memohon
keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda.

4) Membaca Al-Quran - Selain dapat mencuci hati
juga
menenangkan jiwa, penyembuh, penenang, terapi.
Sekurang-kurangnya bacalah "Qulhu-allah" sebanyak 3X.

5) Berma'af-ma'afan sesama kawan setiap hari -
Semasa meminta maaf perlu sebutkan.

6) Bisikan kepada diri perkara yang positif -
Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri, 
merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri. katakan lah
"Aku sebenarnya......(perkara yang elok-elok belaka)

7) Program minda/cuci minda - Paling baik pada
waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata, katakan di
dalam hati "Ya, Allah cuci otak aku, cuci hatiku, esok 
aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat,
aktif, positif". Menurut kajian saikologi, apa
yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan 
sepanjang tidur sehingga keesokan harinya -
CUBALAH!!

8) Berpuasa - Sekiranya dalam berpuasa terhindar
dari melakukan perkara-perkara kejahatan.

9) Cuba ingat tentang mati (Sekiranya hendak
melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati 
kerana bimbang akan mati bila-bila masa)

10) Kekalkan wuduk

11) Bersedekah

12) Belanja orang makan.

13) Jaga makanan - jangan makan makanan yang
subhat

14) Berkawan dengan ulama

15) Berkawan dengan orang miskin (menginsafi)

16) Pesan pada orang, jadi baik

17) Menjaga pacaindera (mata, telinga,
mulut...dsb), jangan dengar orang
mengumpat. 

Sabtu, 2 Jun 2012

Kisah Nabi Muhammad Dan Iblis..



Sama-samalah kita mangambil iktibar dari peristiwa ini..

Soalan Nabi : "Siapa yang mencahayakan muka engkau?" Jawab Iblis: "Orang yang berdosa, bersumpah bohong, saksi palsu, pemungkir janji."

Soalan Nabi : "Apakah rahsia engkau kepada umatku?"
Jawab Iblis: "Jika seorang Islam pergi buang air besar serta Tidak membaca doa pelindung syaitan, maka hamba gosok-gosokkan Najisnya sendiri ke badannya tanpa dia sedari."

Soalan Nabi : "Jika umatku bersatu dengan isterinya,bagaimana hal engkau?"
Jawab Iblis: "Jika umat tuan hendak bersetubuh dengan isterinya Serta membaca doa pelindung syaitan, maka larilah hamba dari mereka. Jika tidak hamba akan bersetubuh dahulu dengan isterinya, dan bercampurlah benih hamba dengan benih isterinya. Jika menjadi anak maka anak itu akan gemar kepada pekerjaan maksiat, malas pada kebaikan, durhaka. Ini semua kerana kealpaan ibu bapanya sendiri. Begitu juga jika mereka makan tanpa membaca Bismillah, hamba yang dahulu makan daripadanya. Walaupun mereka makan, tiadalah rasa kenyang."

Soalan Nabi : "Dengan jalan apa boleh menolak tipu daya engkau?"
Jawab Iblis: "Jika dia berbuat dosa, maka dia kembali bertaubat kepada Allah, menangis kesal akan perbuatannya. Apabila marah segeralah mengambil air sembahyang, maka padamlah marahnya."

Soalan Nabi: "Siapakah orang yang paling engkau lebih suka?"
Jawab Iblis: "Lelaki dan perempuan ! yang tidak mencukur atau mencabut bulu ketiak atau bulu ari-ari (bulu kemaluan) selama 40 hari. Di situ lah hamba mengecilkan diri, bersarang, bergantung, berbuai seperti pijat pada bulu itu."
Soalan Nabi :"Hai Iblis ! Siapa pula yang bersekutu dan bersekedudukan dengan engkau ?"
Jawab Iblis: "Iaitu apabila bertemu lelaki dengan perempuan muda, maka hamba duduk pada leher perempuan-perempuan muda itu, hamba hiaskan mukanya dengan jelingan dan senyuman yang menarik hati. Apabila dipandang belakangnya maka terpandang lehernya yang halus dengan pinggang dan punggung yang bergerak-gerak yang membangkitkan nafsu. Manakala di pandang depannya, hamba hiaskan dadanya dengan bergerak-gerak kedua kuntum yang melekat pada dadanya, lalu hamba panah pada jantung hati keduanya atau salah satu daripadanya hingga
bergerak-gerak keinginan nafsu syahwatnya. Apabila orang tersebut tidak memelihara hatinya, nescaya tidak terpeliharalah farajnya (kemaluannya). Sesiapa yang tidak memelihara kemaluannya nescaya tiadalah terpelihara imannya".

Soalan Nabi :"Hai Iblis ! Di mana tempat engkau diam ?"
Jawab Iblis: "Iaitu pada rumah-rumah berhala dan pada batu, Kayu dsb. Apabila mereka menyembah selain daripada Allah, maka hamba cenderungkan hati mereka supaya bertambah yakin pada perbuatan yang syirik. Berapa ramai umat tuan yang telah hamba pesongkan 
masuk ke rumah berhala Majusi dan Hindu itu menunjukkan bertapa nipisnya iman mereka".

Soalan Nabi :"Hai Iblis ! Siapakah yang menyokong engkau ?"
Jawab Iblis: "Iaitu orang yang tidak bertaubat dan suka 
Ketawa ketika berbuat dosa itu. Ya Nabi Allah ! Sesungguhnya telah hamba binasakan sekelian manusia dengan mengerjakan dosa daripada pelbagai maksiat, maka betapa sukanya hamba, tiba-tiba mereka itu mengucap La Illahillah dan istighfar maka binasalah hamba dengan sebab ucapannyanya itu". "Lagi satu keuntungan yang besar kepada hamba ialah orang tua dan kanak-kanak yang bersiul itulah anak buah
hamba, kerana pada masa hamba dibuang ke dunia hamba mengembara dengan bersiul-siul dan orang yang bersiul itu penghibur Iblis Syaitan".

Soalan Nabi : "Hai Iblis ! Sekarang apakah kesudahan ikhtiar Engkau di atas umatku, kerana aku telah dibangkitkan ke dunia ini Bagi menyelamatkan sekelian bani Adam daripada kafir kepada iman, dari gelap-gelita kepada terang-benderang".
Jawab Iblis: "Maka Iblispun mengangkatkan kepalanya ke hadrat Allah katanya : "Ya Rabbi, demi kemuliaan Engkau, sentiasalah hamba Akan berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk menarik sekelian Anak Adam kepada berbagai-bagai jalan maksiat. Selama ada nyawa di Dalam batang tubuh mereka itu, hamba jadikan pemuda-pemudi bercampur Berkenalan supaya senanglah hamba mencelah di dalamnya"

Maka firman Allah SWT : "Hai Malaun (yang dilaknat - Iblis)! Demi kebesaranKu dan ketinggianKu ! Bahawa Aku sentiasa sedia Mengampuni dosa umat Muhammad selagi mereka itu meminta ampun kepadaKu". 
Maka kata Iblis : "Ya Rasulullah ! Bahawasanya hamba sangat hairan Melihat dua macam hal sekelian hamba Allah.
1. Mereka itu mengaku kasih kepada Allah padahal mereka itu Taat kepada hamba dengan berbuat maksiat
2. Mereka sangat marah kepada hamba tetapi mereka itu mengikut hasutanku. Maka datang firman Allah : "Hai Malaun ! Demi kemulaiaanKu Dan kebesaranKu, Aku anugerahkan atas umat Muhammad dua kebahagiaan;
Kasih mereka kepadaKu, Aku jadikan kaffah (penebus dosa) bagi Maksiat mereka kerana perdayaan mereka Marah mereka kepada engkau (IBLIS) Aku jadikan kaffah (penebus dosa) bagi maksiat mereka kepadaKu"

Setelah itu Rasulullah SAW pun menghalau Iblis. Iblis pergi Dengan hati yang sangat duakcita kerana tipu dayanya telah diketahui Oleh umat Muhammad SAW.

Rabu, 21 Disember 2011

Cantiknya Mata...

Assalamualaikum w.b.t...
   Dah lama tak update blog ...hari ni baru ada perasaan nak berkarya...hahaha...dapat idea pun dari keluar jalan dgn family...so enjoy...

Airmata merupakan air yang mahal harganya...tapi kebanyakkan manusia zaman sekarang ni dah tak dapat menilai harga air tu....ialah mana tak nya...sekarang ni ramai orang yang menggunakan air mata untuk meminta simpati...dan membohongi orang...Jadi apakah yang sebenarnya yang dimaksudkan dengan air mata???

Bukannya senang nak keluarkan airmata yang penuh ketulusan dan keikhlasan dari hati kita...Jadi tak payah lah kita nak membazir air mata kita untuk meminta simpati atau berbohong....

SEMALAM...aku ke pasar malam....jalan punya jalan...ku dapati ramai orang tua yang kurang kemampuan berada disitu dengan penuh harapan agar ada orang sudi mendermakan sedikit wang kepada mereka agar dapat mereka membeli makanan...alhamdulillah masih ramai manusia yang berhati perut sudi mendermakan sedikit wang...walaupun sedikit mereka tetap bersyukur.....dan mereka sentiasa mendoakan orang yang mnderma itu agar mereka dimurahkan rezeki....

Ahh.....sukanya aku bila dapat melihat kehidupan manusia yang sentiasa berpusing seperti roda...

Hani ju....
"Gunalah mata dengan melihat kebaikan bukannya kejahatan....

Khamis, 24 November 2011

Satu Perubahan.....

Semakin lama cuti semakin banyak perubahan yang berlaku dalam hidupku.....sampai aku rasa macam ada magik yang telah dilakukan oleh harry potter....hahaha....sempat lagi otak nie berfikiran macam tu....

Hrmmmm.....semuanya bermula sejak 2 minggu sebelum cuti sekolah......aku balik rumah setelah 2 minggu duduk di hostel....Sampai rumah aku terus berada dalam keadaan kehairanan....sebab abang aku tengah tolong mak aku....bagi korang memang tak pelik tapi bagi aku satu perkara yang pelik sebab abang aku jarang duduk kat rumah dan mengambil masa yang lama kalau nak mintak tolong....

Yang tu cite angah aku, yang nie along aku.....Dia dah kerja tapi macam malas sikit nak bangun pergi kerja...sejak aku balik nie.....hrm....orang cuti dia xde makna cuti de...mesti kat office....rajin abang aku yang sorang nie....aku rasa dia nak kumpul duit atau dapat projet baru.....kerja...aku x tahu nama dia tapi adalah kena mengena dengan architect....

Dan perubahan aku pulak.....haha.....aku rasa semakin lama cuti sekolah...aku semakin dapat menerima teguran....orang2....especially to ibu dan family aku....biasanya aku akan menjawab tapi xdelah sampai kurang ajarlak...just membebel dalam hati...je...Aku rasa aku kena berubah sebelum terlambat...jadi aku membuat keputusan untuk berubah ke arah kebaikan...
So bagi aku satu perubahan yang baik....untuk diri aku.....sekarang aku takpayah tunggu ibu aku suruh buat tu...buat ni...aku sendiri yang buat......hrmmmm

Alhamdulillah aku bersyukur kepada Allah S.W.T kerana telah mengubah diriku dan keluarga sedikit demi sedikit....Kepada hamba Allah sedarlah bahawa tiada siapa yang dapat mengubah nasib kita kalau diri kita sendiri yang taknak berubah.....
Ingat walau....kaya sekalipun kita....tapi tiada budi pekerti.....kita tak tumpah seperti orang miskin..dan lebih miskin dari orang yang miskin tapi mempunyai budi pekerti yang tinggi....

wasalam......Ikhlas dari Hani Ju

Jumaat, 9 September 2011

tAnYe SaMa HaTi???

   Hari semakin hari, aku tertanye-tanye samada masihkah ada hati untuk bersekolah di sini.....Memang tak dinafikan lagi yang pembelajaran di sini memang menakjubkan. Tapi yg menjadi masalahnya ialah persahabatanku.....Bagi seseorg pelajar yang tinggal di hostel memang sudah menjadi satu kewajiban untuk mempunyai sahabat....

   Kadang-kala aku merasakan bagai disisih...Mengapa dunia ini tidak adil pada diriku????
 Huh!!!! Aku harap satu hari nanti aku akan mendapat sahabat yang benar-benar memahami perasaanku...dan dapat menerima sikapku dan kelemahanku.....

Jumaat, 5 Ogos 2011

TeNaNgKaN aKu!!!

Siapalah aku...aku juga manusia sama seperti kamu semua.....aku sedar siapa aku.....tapi siapakah  diantara kamu yang sanggup membantu sahabatmu yang sedang dilanda musibah...huh...manusia memang pandai berkata-kata...tapi sukar untuk melakukannya.....

bagaimana???bagaimana???
 bagaimana aku mahu mengawal perasaan marahku kalau sahabatku sendiri yang membuat diriku berada dalam kemarahan......pada pagi yang indah....ia sepatutnya menjadi hari cukup tenang bagiku....dgn angin yang segar..dan damai....tetapi mengapa korang juga yang suka menaikkan darahku.......tolong larh apa gunanya ada sahabat...

So sahabatku......tolong...please!!! Bantu aku untuk mencari ketenangan dan mengenal apa itu ketenangan....

Selasa, 26 Julai 2011

Aku Islam!!

Islam???? Apa itu islam....ramai yang mengaku bahawa diri mereka adalah islam.....tapi....adakah hati dan iman mereka islam.....ramai yang mengatakan bahawa cukup sekadar IC tertulis islam.....adakah itu benar???

Bagiku islam itu indah,
Islam itu bersih,
Islam itu suci,
Islam itu pernuh dgn kasih syg,
Dan islam itu ,
Ibarat kain putih,
Yg tiada kekotoran,
Walau sedikit pun...

Tetapi,
mengapa...ramai umat islam yang sanggup menggotorkan kain yang bersih suci itu????
Huh!!! manusia sedarkah kamu bahawa kita semakin hampir pada pengakhiran......
Mengapa kita perlu mengejar dunia sedangkan kita masih terkapai-kapai tentang akhirat....

Jadilah kita,
Umat islam yang memperjuangkan agama islam kita....
Mungkin kita manusia zaman akhir...
Kita kecil,
Tapi,
Jiwa kita besar....

tulus ikhlas,
 1 july....